Lelaki cuba keluar kawasan PKPD bawa dadah ditahan Polis Marin

KOTA KINABALU: Pasukan Polis Marin Kota Kinabalu (PPM) telah menahan seorang lelaki tempatan kerana memiliki dadah di kawasan sungai Kampung Serusup, Tuaran dalam Op Benteng Covid petang semalam.

Pegawai Pemerintah Markas Operasi Pasukan Polis Marin Kota Kinabalu, ASP Roslan Bin Awang berkata, semasa anggota PPM Kota Kinabalu sedang menjalankan tugas kawalan PKPD Kampung Penimbawan Tuaran menggunakan Botronda telah mengesan seorang lelaki tempatan dalam cubaan untuk keluar dari kawasan PKPD menggunakan bot kampung melalui sungai Kampung Serusup, Tuaran.

Pemeriksaan lanjut terhadap lelaki tempatan yang berumur lingkungan 21 tahun tersebut mendapati telah membawa 01 paket plastik kecil lutsinar berisi hablur jernih disyaki dadah jenis syabu berada dalam milikan dan kawalannya.

Suspek ditahan serta merta dan dadah dirampas, jumlah rampasan adalah dianggarkan bernilai Rm150. T

angkapan dan rampasan telah diserahkan kepada Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik IPD Tuaran kerana memiliki dadah dan disiasat di bawah Akta Dadah Berbahaya 1952. Saspek juga turut dikenakan kompaun sebanyak RM3,000 atas kesalahan salah guna kebenaran keluar dari kawasan PKPD Kampung Penimbawan Tuaran di bawah Peraturan 3 Akta Pencegahan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988.

Pasukan Polis Marin sentiasa menggalakkan masyarakat persisir pantai untuk menyalurkan apa-apa maklumat melalui aplikasi whatsApp Pasukan Polis Marin Wilayah 4 Sabah di talian *’0132831197’* bagi memastikan keselamatan dan kemakmuran setempat terjaga dan terkawal.

Leave a Reply

Your email address will not be published.