Vaksin COVID-19: Petugas masjid,surau & rumah ibadat perlu diutamakan – Arifin
KOTA KINABALU : Menteri Tugas-Tugas Khas, Datuk Haji Mohd. Arifin Mohd. Arif mencadangkan agar imam, bilal dan ahli jawatankuasa masjid, serta pemimpin dan petugas rumah ibadat yang lain diberikan keutamaan dalam pemberian vaksin COVID-19.
Katanya, mereka perlu diberikan keutamaan kerana merupakan petugas kumpulan barisan hadapan.
โSaya akan membawa cadangan untuk memohon agar imam, bilal dan jawatankuasa masjid dan surau diberikan keutamaan dalam pemberian vaksin ini kerana mereka sebenarnya juga adalah barisan hadapan.
โDemikian juga dengan pemimpin dan petugas di rumah-rumah ibadat yang lain yang mana kita perlu memberikan keutamaan kepada mereka yang bertugas di rumah-rumah ibadat masing-masing,โ katanya.
Beliau berkata demikian selepas menyaksikan penyerahan pakej bantuan khas Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 Bahagian Zakat dan Fitra Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS) di Wisma MUIS, hari ini.
Mohd.Arifin berkata, seperti di masjid dan surau yang mana telah diberikan kelonggaran untuk mengadakan solat Jumaat dan solat jemaah, dengan kapasiti jemaah seramai 12 orang.
โDan selepas ini juga, sekiranya diberikan kelonggaran, sudah pasti imam-imam, bilal-bilal serta ahli jawatankuasa masjid terlibat sepenuhnya dalam menyelenggarakan masjid dan surau. Maka mereka ini perlu diberikan keutamaan menerima vaksinโ, tegasnya.
Terdahulu Mohd.Arifin menyaksikan penyerahan bantuan tambahan “one off” PKP 3.0 sebanyak RM1.47 juta untuk seramai 9,800 orang penerima bantuan bulanan (asnaf fakir) dan RM140,000 untuk seramai 280 petugas mesra ibadah (penyelenggara jenazah) seluruh Sabah.