Polis Marin berjaya menahan dan merampas dadah

SANDAKAN : Pasukan Polis Marin Sandakan berjaya menahan seorang lelaki warganegara Filipina berumur 36 tahun kerana kesalahan memiliki dadah di Kg Tinusa 2, Sandakan awal pagi tadi.

Pegawai Pemerintah Markas Operasi Pasukan Polis Marin Sandakan DSP Rusdin Bin Banin berkata, “Pada awal pagi tadi semasa sekumpulan pegawai dan anggota Polis Marin Sandakan melakukan risikan telah menahan dan memeriksa seorang lelaki yang mencurigakan.

Menurutnya, hasil pemeriksaan lanjut mendapati 1 paket plastik kecil lutsinar berisi hablur jernih dan 2 lipatan kertas timah disyaki dadah jenis ‘methamphetamine’ berada dalam milikan dan kawalan suspek.

Beliau juga berkata, nilai rampasan dianggarkan berjumlah RM200.00.

Tangkapan dan rampasan telah diserahkan kepada Pegawai Penyiasat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik IPD Sandakan kerana memiliki dadah jenis Methamphetamine atas kesalahan Akta Dadah Berbahaya 1952Pasukan Polis Marin sentiasa menggalakkan masyarakat persisir pantai untuk menyalurkan apa-apa maklumat melalui aplikasi whatsApp Pasukan Polis Marin Wilayah 4 Sabah di talian 0132831197 bagi memastikan keselamatan dan kemakmuran setempat terjaga dan terkawal.

Sumber Berita: Pasukan Polis Marin W4 Sabah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *