Sabah lanjut PKP 3.0 sehingga 28 Jun

KOTA KINABALU – Kerajaan Sabah memutuskan untuk melanjutkan Perintah Kawalan Pergerakan 3.0 (PKP 3.0) sehingga 28 Jun ini.

PKP 3.0 yang sepatutnya tamat pada Isnin depan dilanjutkan lagi selama dua minggu.

Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor berkata, keputusan itu dibuat setelah penilaian dilakukan oleh Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Covid-19 Sabah yang bermesyuarat pada 3 petang Sabtu.

“Keputusan ini diambil sebagai langkah membendung peningkatan jangkitan Covid-19 di negeri ini,” katanya dalam satu kenyataan ringkas, pada Sabtu.

Kerajaan Sabah sebelum ini turut memutuskan untuk melaksanakan PKP 3.0 bermula 1 Jun lalu. – Sinar Harian

Leave a Reply

Your email address will not be published.