Ihsan Makanan Pelajar Terjejas COVID-19 (IMPAC) PKP 3.0
Kriteria:
- Semua warganegara Malaysia berasal dari Sabah yang belajar di IPTA/S,melibatkan pelajar dan mahasiswa uni seluruh Malaysia yang tinggal di asrama atau sekitar kampus dalam masa tempoh PKP dikuatkuasakan oleh Kerajaan.
2. Bantuan diluluskan berdasarkan permohonan dan pengesahan institusi-institusi tempat mereka belajar.
3. Jumlah bayaran adalah berdasarkan bilangan pelajar terjejas dengan kadar RM300.00 seorang dan akan dibayar kepada institusi untuk diagih selanjutnya kepada pelajar.
4. Bantuan ini juga dipanjangkan kepada Kolej Komuniti, Maktab Perguruan , Pelajar dan Mahasiswa Universiti, Sekolah Agama, Madrasah , Sekolah Ma’ahad Tahfiz, dan seumpamanya.