PKPD di Kampung Sabah Baru, Lahad Datu tamat hari ini

KOTA KINABALU: Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat (PKPD) di Kampung Sabah Baru, Lahad Datu telah ditamatkan hari ini seperti yang telah dijadualkan sebelum ini.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan merangkap Menteri Kewangan II Sabah, Datuk Masidi Manjun berkata kerajaan kerajaan sebelum ini telah melaksanakan PKPD di lokaliti terbabit bermula 10 November lepas dan kemudian dilanjutkan lagi.

“Sehingga kini, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah melaksanakan 2,054 ujian saringan dan sebanyak 382 kes kumulatif positif COVID-19 telah direkodkan di lokaliti ini.

“KKM turut mengesahkan kesemua sampel saringan telah pun diperolehi dan tiada sampel yang masih menunggu keputusan.

“Atas nasihat KKM, pihak kita bersetuju untuk menamatkan PKPD di Kampung Sabah Baru hari ini seperti yang dijadualkan,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published.