Hajiji pastikan Sabah dapat keutamaan semua inisiatif, pakej rangsangan ekonomi terkesan akibat COVID-19

KOTA KINABALU: Kerajaan negeri akan memastikan Sabah mendapat keutamaan dalam semua inisiatif dan pakej rangsangan ekonomi yang diperkenalkan oleh kerajaan Persekutuan bagi mengatasi kesan negatif pandemik COVID-19 terhadap ekonomi.

Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor berkata Pakej Bantuan Perlindungan Ekonomi dan Rakyat Malaysia (PERMAI) bernilai RM15 bilion yang diumumkan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin baru-baru ini dilihat bakal membantu mengurangkan bebanan yang dihadapi oleh rakyat Malaysia pada masa sukar ini.

“Sabah adalah salah satu negeri yang paling terjejas akibat wabak ini. Oleh itu, kerajaan negeri akan bekerjasama dengan Putrajaya untuk memastikan kita akan diutamakan dalam semua inisiatif ini,” katanya.

“Diakui tiada jalan mudah menuju pemulihan kerana kesan global pandemik terhadap ekonomi.

“Walau bagaimanapun, jangan silap, kerana kerajaan yang diterajui Gabungan Rakyat Sabah (GRS) mengambil segala langkah bagi memastikan ekonomi Sabah pulih,” katanya dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan, hari ini.

Tamat

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *