Sabah FC yakin – Kurniawan

KOTA KINABALU: Sabah FC perlu mencatat kemenangan apabila bertemu Kuala Lumpur City FC malam ini.

Katanya, semua perlawanan adalah penting kerana ketika ini Sabah FC hanya mengutip empat mata ketika seri 1-1 menentang Melaka United FC dan menewaskan Terengganu FC 2-1 di Stadium Likas.

“Kita berharap momentum semasa home game melawan Terengganu FC dapat terus dikekalkan kerana kita lihat pemain sangat bersemangat untuk menghadapi perlawanan esok (malam ini).

“Kita sudah bersiap sedia dan berharap semua yang dirancang dapat dilaksanakan dengan baik semasa perlawanan sebenar malam ini” kata Kurniawan.Beliau menyatakan demikian ketika ditemui pada latihan terakhir skuad badak di ibu negara.

Kurniawan berkata, semua tahu Kuala Lumpur City FC merupakan pasukan yang kuat dan seringkali saya tekankan kepada para pemain bahawa jangan pernah menganggap salah satu team lebih kuat dan salah satu team lebih lemah kerana bagi kami setiap game adalah “final”.

“Kita berharap pemain fokus 100%, selalu konsentrasi, selalu bersiap sedia untuk menghadapi setiap perlawanan kerana semua pasukan yang ada di Malaysia ini kita anggap semua sama kuat,” katanya.Kurniawan menambah, walaupun ada beberapa pemain yang dibelenggu kecederaan, The Rhinos sudahpun bersedia dengan perancangan tersendiri untuk menghadapi perlawanan-perlawanan akan datang.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *