LAWATAN MENTERI SAINS TEKNOLOGI DAN INOVASI NEGERI SABAH KE PETROSAINS DI KLCC

Lawatan Kementerian KSTI ke PETROSAINS di KLCC. KSTI berkerjasama erat dengan Petronas dalam menanamkan budaya dan minat generasi muda khasnya pelajar dalam subjek STEM khasnya sains.Petrosains di KLCC sudah berusia 24 tahun dan pameran-pamerannya sentiasa dikemaskini.Pusat ini mempersembahkan pameran sains yang mudah dan mesra dengan pengunjung. Kanak-kanak khasnya diperkenalkan dengan pelbagai jenis permainan yang menyelitkan nilai-nilai sains dan teknologi.Di Sabah, Petronas telah mewujudkan Petrosains di bangunan ibu pejabat Perpustakaan Negeri Sabah di Kota Kinabalu. KSTI menyediakan tempat, manakala pihak Petronas membuat pengisian bersama stafnya sekali.Mudah-mudahan kerjasama yang baik ini akan daoat diperluaskan lagi di beberapa bahagian di Sabah demi menyemarakkan STEM di Sabah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *