Kerajaan Negeri di terajui GRS berusaha meningkatkan jumlah penerima vaksin dan PPV di Sabah- Fairuz
KOTA KINABALU: Kerajaan Negeri Sabah yang diterajui oleh Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dan dipimpin oleh Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor berusaha keras untuk meningkatkan lagi jumlah penerima vaksin setiap hari serta jumlah PPV termasuk di kawasan pedalaman, kata Ketua ARMADA BERSATU Negeri Sabah, Fairuz Renddanย yang juga merupakan Ahli Dewan Udangan Negeri (ADUN) Pintasan.
โSetakat 13 Jun lalu, seramai 249,945 daripada 2,932,700 penduduk Sabah telah menerima dos pertama vaksin”
โDan kini, terdapat 72 fasiliti kesihatan serta 23 PPV awam yang beroperasi untuk membantu program imunisasi yang kini sedang rancak dijalankan kepada seluruh penduduk Sabah berusia 18 tahun ke atas, seperti mana yang dinyatakan oleh Ketua Menteri kita baru-baru ini,โ jelasnya dalam satu kenyataan media”
โPPV akan dibuka lebih banyak dan begitu juga dengan pendaftaran jangkau luar komuniti.”
โSelain itu, penghantaran bekalan vaksin ke Sabah juga konsisten dan vaksin-vaksin yang kita terima adalah Pfizer-BioNTech, Sinovac dan AstraZeneca,โ tambah Fairuz lagi.