358 PTI Filipina dihantar balik ke negara asal

SANDAKAN: Seramai 358 orang Pendatang Asing Tanpa Izin (PTI) warga Filipina telah dihantar pulang ke negara asal menerusi Program Penghantaran Pulang PTI Siri 4/2021 melalui Pelabuhan Sandakan ke Pelabuhan Zamboanga, Filipina.

Pengarah Imigresen Negeri Sabah Datoโ€™ Dr. Muhamad Sade Mohamad Amin berkata  Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Sabah (JIM Sabah) dengan kerjasama Kedutaan Republik Filipina yang diketuai oleh Consul Leandro Luiz S. Manantan telah melaksanakan Program Penghantaran Pulang PTI warga Filipina berkenaan.

โ€œProgram penghantaran pulang PTI warganegara Filipina ke Zamboanga ini merupakan penghantaran kali kedua selepas penghantaran pertama seramai 316 orang yang menjadikan jumlah keseluruhan PTI warganegara Filipina telah diusir adalah 674 orang,โ€ katanya.

Beliau memberitahu sehingga kini seramai 916 orang jumlah keseluruhan warga asing PTI yang berjaya diusir oleh Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Sabah.

Mengulas lanjut program penghantaran itu, Sade berkata semua PTI warganegara Filipina tersebut telah ditahan di Depot Imigresen Sandakan sejak tahun 2020 dan mereka dihantar pulang melalui Pelabuhan Sandakan, Sabah ke Pelabuhan Zamboanga, Filipina.

โ€œProses tapisan kesihatan yang ketat termasuk ujian saringan COVID19 terhadap setiap PTI bagi suatu tempoh yang ditetapkan turut dilakukan bagi memastikan tidak wujud penularan jangkitan COVID-19 terhadap setiap PTI sebelum penghantaran pulang dilaksanakan seiring dengan Standard Operating Procedures (SOP) yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia,โ€ katanya.

Beliau berkata kesemua PTI yang ditahan telah melakukan pelbagai kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63 dan Peraturan-Peraturan Imigresen 1963.

โ€œSemua PTI telah menjalani hukuman mengikut perundangan negara untuk diusir keluar dari negeri Sabah,โ€ katanya.

Sade mengingatkan semua warganegara asing  agar memiliki dokumen perjalanan yang sah dan mendapat kebenaran masuk sebelum berada di negeri Sabah.

โ€œSemua agensi penguatkuasaan di negeri Sabah akan sentiasa mengambil tindakan tegas kepada mereka yang tidak mematuhi peraturan ini,โ€ tegasnya.

Beliau berkata Program Penghantaran Pulang ini merupakan sebahagian daripada aktiviti berterusan proses pengusiran oleh JIM Sabah bagi tahanan yang ditempatkan di Depot Imigresen seluruh negeri Sabah.

โ€œJabatan ini ingin merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dengan Program Penghantaran Pulang ini termasuk Kedutaan Republik Filipina, Kementerian Luar Negeri, Kerajaan Negeri Sabah, Jabatan Laut Malaysia dan agensi-agensi lain yang turut membantu melancarkan operasi pengusiran ini,โ€ katanya.

Beliau berkata JIM Negeri Sabah akan terus komited melakukan tindakan penguatkuasaan dan penghantaran pulang PTI setelah mereka melalui semua proses perundangan dan mendapat pengesahan daripada kedutaan masing-masing. – Utusan Borneo

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *