penyelesaian Isu Bekalan Air Negeri Sabah

Putrajaya : Sehari selepas lawatan YAB Perdana Menteri Datuk Seri Panglima Anwar Ibrahim ke Sabah, saya bersama YAB Perdana Menteri menghadiri Mesyuarat Mengenai Cadangan Penyelesaian Isu Bekalan Air Kelantan dan Sabah di Bilik Mesyuarat Perdana di Pejabat Perdana Menteri di Putrajaya.

Kita yakin Kerajaan Persekutuan akan menyegerakan bantuan bagi penyelesaian jangka masa pendek isu bekalan air ini yang berjumlah RM320,250,000.

Ini akan dilaksanakan melalui 6 program yang melibatkan 20 projek termask 9 projek di daerah Kota Kinabalu,Tuaran, Putatan, Papar, Beaufort, Keningau, Tawau, Lahad Datu dan Sandakan yang akan mengambil 6 hingga 12 bulan untuk disiapkan.

Kerajaan Negeri juga akan melaksanakan pelbagai projek bagi penyelesaian jangka masa panjang termasuk pembinaan dua projek empangan iaitu di Papar dan Sipitang.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *