Sektor gas asli Sabah akan terus ditambah baik

KOTA KINABALU : Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Mohd Noor melancarkan Pelan Induk Gas Sabah di Menara Petronas 2 di Kota Kinabalu pada 4 Januari lalu setelah diperakui Kabinet Negeri pada Oktober lalu.

Gabungan Rakyat Sabah (GRS) melancarkan pelan induk itu adalah dengan kerjasama antara Kerajaan Negeri dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas) untuk membimbing pelaburan dalam sumber gas asli Sabah.

Di bawah Pelan Induk Gas Sabah ini, loji Gas Asli Cecair (LNG) berkapasiti 2.0 juta tan setahun (MPTA) di Taman Perindustrian Minyak dan Gas Sipitang (Sogip) merupakan salah satu daripada tiga pelaburan yang dilaksanakan di bawah pelan tersebut.

Sebuah loji Gas Asli Cecair (LNG) berkapasiti 2.0 juta tan setahun (MTPA) di Taman Perindustrian Minyak dan Gas Sipitang (Sogip) adalah antara tiga pelaburan di bawah Pelan Induk Gas Sabah ini, yang diperakui oleh Kabinet Negeri pada Oktober lalu.

โ€œKemudahan LNG ini, yang pertama di negeri ini, akan memberi peluang kepada Sabah untuk mengembangkan pengedaran LNG di seluruh negeri melalui aktiviti seperti sistem saluran paip maya, membolehkan lebih banyak perniagaan perindustrian dan komersial mengakses serta menggunakan gas asli sebagai sumber tenaga lebih bersih.

โ€œKedua, Kerajaan Negeri akan memainkan peranan lebih menonjol dalam menerajui aktiviti pemasaran dan pengedaran gas di Sabah dengan volum gas sebanyak 120 kaki padu gas standard sehari (MMscfd) disediakan untuk pembangunan industri utama di negeri ini.

” Ketiga, pelan induk itu menekankan satu set pilihan derivatif petrokimia untuk Sabah bagi menarik pelabur, berdasarkan keperluan pasaran dan prospek masa depan, iaitu memanfaatkan bahan mentah yang sedia ada di dalam negara.

โ€œGas asli akan dibekalkan dari Terminal Minyak dan Gas Sabah di Kimanis, dan Terminal Gas Sabah di Tuaran,โ€ jelas Hajiji dalam satu kenyataan.

Ketua Pegawai Eksekutif Sabah Energy Corporation Sdn Bhd (SEC) Datuk Harun Ismail dan timbalannya Adzmir Abdul Rahman, mementerai satu Perjanjian Induk (HOA) bersama pihak Petronas bagi tujuan pembekalan 70MMscfd gas asli, sekaligus sebagai proses pertukaran dokumen berkenaan bekalan 50 MMscfd gas asli, dalam HOA yang pernah ditandatangani sebelum ini.

Pihak Petronas telah diwakili oleh Naib Presiden Kanan Pengurusan Petroleum Malaysia Ir. Mohamed Firouz Asnan dan Ketua Pengurusan Hidrokarbon Bersepadu Malaysia Petroleum Malaysia Dr Aidid Chee Tahir ketika menandatangani HOA yang dimenterai.

Setelah menandatangani Perjanjian Kerjasama Komersial (CCA) pada 7 Disember tahun lepas, pelancaran ini adalah inisiatif penting dalam memastikan aktiviti pembekalan dan cari gali gas asli berada pada tahap yang optimum, dan membentuk satu strategi pembangunan komprehensif dalam industri tersebut khususnya di negeri ini.

Pembangunan hiliran petrokimia turut disarankan untuk dipertingkat sebagai salah satu nilai tambah yang penting di negeri itu melalui industri gas asli di Sabah.

โ€œSebuah entiti negeri mesti dikenal pasti untuk memantau pelaksanaan cadangan Pelan Induk Gas Sabah,โ€ katanya.

Hajiji percaya bahawa pembangunan dan tenokrat yang ada dalam sektor itu di negeri ini mampu untuk melaksanakan Pelan Induk Gas Sabah yang dilancarkan dan akan memberikan pulangan ekonomi yang mapan terutama bagi pulangan jangka panjang untuk negeri itu.

โ€œKami menghargai kerjasama Petronas dengan kami dalam Pelan Induk Gas Sabah, termasuk dalam usaha untuk merangsang ekosistem pelaburan menarik dan berdaya saing bagi pelabur.

โ€œAspirasi saya adalah untuk Sabah mempertaruhkan tuntutannya yang sah dan melakar jalan yang memberi manfaat kepada rakyat Sabah dan generasi akan datang.

โ€œKami akan terus berusaha untuk pembangunan yang saksama bagi memastikan wujudnya banyak peluang untuk rakyat Sabah membangun dan mereka akan menikmati faedah ketara dari usaha yang dijalankan,โ€ tambahnya.

Pengerusi Petronas Tan Sri Mohd Bakke Salleh, yang turut hadir, berkata tugas Petronas sebagai pemegang amanah sumber hidrokarbon negara, komited untuk menyokong Pelan Induk Gas Sabah dan menjayakan pembangunan lestari industri gas asli negeri di Sabah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *