Hajiji akan menyiasat isu dakwaan status kewarganegaraan Ketua MIC

KOTA KINABALU : Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Haji Noor, maklum akan isu dakwaan Ahli Lembaga Pengarah Sawit Kinabalu yang dikatakan memiliki dokumen pengenalan diri tidak sah selepas beberapa tahun berhijrah dari India ke Sabah.

Individu yang didakwa juga merupakan Ketua MIC Sabah, Peer Mohamad Kadir, telah dilantik oleh kerajaan negeri untuk menganggotai lembaga pengarah syarikat berkaitan kerajaan (GLC) Sabah menimbulkan tuntutan daripada banyak pihak akan status kewarganegaraannya.

Peer Mohamad didakwa datang dari India ke Sabah pada 1984 sebelum mendapat kewarganegaraan secara tidak sah enam tahun kemudian dan dikatakan pernah mengaku mendapat kewarganegaraan secara tidak sah ketika pendengaran awam Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai isu pendatang asing tanpa izin (Pati) di Sabah pada 2013.

Hajiji menjelaskan bahawa beliau akan mengambil tindakan terhadap dakwaan itu dan akan komited dalam menangani Pati di Sabah.

Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS) Datuk Seri Dr Maximus Ongkili yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah dan Sarawak) turut berjanji untuk menyiasat dakwaan itu secara serius dan akan bersama – sama dengan pemuda PBS untuk melaporkannya kepada pihak berkuasa.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *