Seorang pelajar cetus kluster baharu di Sabah

KOTA KINABALU : Kes Covid-19 di negeri Sabah meningkat kepada 201 kes pada 18 Januari berbanding 163 kes pada hari sebelumnya dan sebuah kluster baharu ditemui, Kluster Puri Ranau, seorang pelajar perempuan di Sekolah Menengah Kebangsaan Ranau yang disahkan positif Covid-19 selepas menjalani ujian kendiri kerana bergejala pada 16 Januari lalu.

Jurucakap rasmi perkembangan harian Covid-19 negeri Sabah, Datuk Masidi Manjun, berkata kesemua pelajar perempuan yang mengalami jangkitan sudah diasingkan dan diberi rawatan yang sesuai.

Jelasnya lagi, terdapat sembilan daerah mencatat kes dua angka dengan Kota Kinabalu (42 kes) dan Tuaran (37 kes) merekodkan angka tertinggi melebihi 20 kes.

Sementara itu, 10 daerah mencatatkan kes satu angka dan berbaki 8 daerah, Semporna, Kinabatangan, Kunak, Nabawan, Pitas, Tongod, Putatan dan Kudat, tidak merekodkan kes baharu.

Satu kes kematian akibat Covid-19 turut dilaporkan pada hari ini di Tuaran, manakala seramai 174 pesakit dilaporkan sembuh dan 674 orang lagi masih menjalani rawatan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *