Peter Anthony tinggalkan WARISAN?

KOTA KINABALU: Naib Presiden Warisan Datuk Peter Anthony yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Melalap dikhabarkan akan membuat sidang media penting mengenai hala tuju politik beliau.

Laporan media FMT Online melaporkan hari ini, Peter yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Melalap menjemput media hadir ke sidang media khas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA), 12.30 tengah hari esok.

Walaupun tidak dapat dipastikan inti pati sidang media itu, namun khabar angin mengatakan yang beliau bakal keluar daripada Warisan untuk menubuhkan parti baharu.

Selain itu, timbul juga khabar angin mengatakan beliau bakal menjadi ADUN bebas yang mesra kerajaan.

Sumber yang rapat dengan Peter ketika dihubungi enggan mengulas lanjut mengenai sidang media berkenaan, namun berkata pemimpin berusia 50 tahun itu mungkin akan โ€œberalih arahโ€.

Selain Naib Presiden Warisan, Peter juga adalah presiden sebuah badan bukan kerajaan (NGO) iaitu Kadazan Dusun Murut (KDM) Malaysia.

Khabar angin turut mengatakan beliau akan menggunakan KDM Malaysia sebagai platform baharu politiknya.

Sebelum ini, Warisan kehilangan tiga ADUN selepas Hassan A Gani Pg Amir (Sebatik), Yusof Yacob (Sindumin) dan Mohamaddin Ketapi (Segama) keluar parti.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *