Soal tukar kerajaan tidak berbangkit – Anwar

KUALA LUMPUR – Perjumpaan khas bersama Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini tidak membincangkan tentang perubahan kerajaan.

Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengesahkan perkara itu sebaik sahaja beredar dari Istana Negara selepas hampir sejam mengadakan perbincangan dengan YDPA, pagi tadi.

“Soal itu tidak berbangkit sekarang,” katanya kepada pemberita di luar pekarangan Pintu 2, Istana Negara, hari ini.

Terdahulu Ketua Pembangkang itu menghadap YDAP bagi perjumpaan khas bersama pemimpin utama politik di Pintu 2, Istana Negara, kira-kira 10.35 pagi tadi.

Bagaimanapun Anwar yang kelihatan menaiki kereta Jaguar berwarna hitam beredar dari Istana Negara kira-kira 11.56 pagi tadi.

Terdahulu, perjumpaan khas itu turut dihadiri Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang tiba melalui Pintu Utama Istana Negara, kira-kira jam 7.49 pagi tadi.

Bagaimanapun kenderaan jenis Alpahard berwarna hitam yang membawa Muyhididn kelihatan beredar jam 8.55 pagi tadi. – Sumber Berita : MalaysiaGazette

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *