Sabah perlu bersedia berhadapan monsun

Sumber : Twitter MetMalaysia

KOTA KINABALU : Jabatan Metrologi Malaysia (MetMalaysia) telah mengeluarkan amaran potensi kecemasan berikutan amaran monsun di timur Sabah (27 Disember hingga 2 Januari), di barat Sarawak (29 hingga 31 Disember) serta di Johor, Pahang, Terengganu dan Kelantan (30 Disember hingga 2 Januari).

Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) mengarahkan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) dan pihak – pihak yang bertanggungjawab bagi setiap kawasan yang berpotensi banjir ini untuk bersiap siaga dengan pengurusan masing – masing.

Berikutan itu, Jabatan Bomba dan Penyelamat Sabah telah bersiap sedia untuk bertindak balas terhadap potensi kecemasan memantau keadaan dan menyelaras dengan agensi lain di bawah jawatankuasa pengurusan bencana negeri sekiranya berlaku kecemasan.


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *