Junz Wong perlu bersifat jujur dan matang – Firdaus

KOTA KINABALU: Wakil rakyat perlu bersifat matang dan berhati-hati dalam mengeluarkan kenyataan. Hal ini kerana setiap ayat dilontarkan mencerminkan jenis kepimpinan pemimpin itu. Tegas, Khairul Firdaus Akbar Khan, Ketua Penerangan BERSATU Negeri Sabah kepada Junz Wong, Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah yang mengeluarkan kenyataan bahawa kononya Gabungan Rakyat Sabah telah tarik balik peruntukan DUN kesemua ADUN-ADUN Warisan.

“Junz jangan pura-pura lupa dengan peruntukkan RM 100,000.00 kepada setiap ADUN pembangkang beberapa bulan dahulu untuk mereka membantu rakyat di kawasan masing-masing. Kerajaan WARISAN sewaktu menerajui kerajaan Sabah tidak pernah memberikan sebarang peruntukkan kepada ADUN-ADUN pembangkang untuk disalurkan ke kawasan masing-masing,” jelasnya

“Kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) cukup memahami dan mendalami masalah-masalah rakyat Sabah ketika dalam mengharungi pandemik COVID-19 ini. Ini terbukti dengan pelbagai bantuan yang telah disalurkan dan yang akan di salurkan tidak lama lagi.”

“Sebagai seorang YB yang mencintai negeri Sabah seharusnya dia bersama-sama membantu untuk membangunkan masyarakat dan negeri Sabah yang tercinta ini, bukannya menjadi tukang cerita yang membawa cerita karut dan tidak berfaedah.” Katanya

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *