Azizah terima kunjungan hormat Biro Pembangunan Wanita dan Hubungan NGO Srikandi BERSATU Sabah
KOTA KINABALU: Biro Pembangunan Wanita dan Hubungan NGO Srikandi BERSATU Sabah telah mengadakan kunjungan hormat kepada Ketua Srikandi BERSATU Sabah, Datuk Azizah Mohd Dun di Pejabat BERSATU Alamesra, pagi tadi.
Dalam kunjungan hormat terbabit, rombongan yang diketuai pengerusinya, Datuk Amisah Yassin menyerahkan resolusi hasil mesyuarat biro tersebut kepada Azizah.
Antara intipati dan cadangan yang dikemukan dalam resolusi tersebut adalah untuk meningkatkan peranan dan penglibatan golongan wanita serta bantuan dalam pembangunan negeri Sabah.
Selain beberapa cadangan program biro seperti Kursus Kekeluargaan dan Kesaksamaan Gender, program keusahawanan, kursus peluang perniagaan dan ceramah turut ditekankan kepada golongan wanita termasuk ibu tunggal.
Dalam kunjungan itu juga, Azizah menyerahkan surat pelantikan sebagai ahli jawatankuasa yang dihadiri oleh Timbalan Pengerusi Hasrina Golkhan, Setiausaha Roslinah Alip, Setiausaha Kerja Aziah Atoh serta ahli jawatan kuasa yang lain.
Antara yang menerima surat pelantikan terbabitnadalah Datuk Ruhsimah Zakaria, Masturah Jamrah, Julia Abu Bakar Titingan, Erveana Ansari dan Liza Din.
Tamat