4 INDIVIDU DIREMAN KES RASUAH BEKALAN AIR RM142 JUTA DI SEMPORNA

KOTA KINABALU: Dua pengarah dan dua lagi pengurus syarikat pembinaan direman selama empat hari bermula hari ini bagi membantu siasatan kes rasuah melibatkan tender projek bekalan air luar bandar di Semporna bernilai RM142 juta pada 2019.

Perintah reman tersebut dikeluarkan Majistret Stephanie Sherron Abbie di Mahkamah Majistret Kota Kinabalu di sini setelah permohonan dibuat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kelmarin.

Menurut sumber mereka yang direman terdiri daripada lelaki berusia 27 hingga 49 tahun, ditahan SPRM dalam operasi yang dijalankan di sekitar Kota Kinabalu semalam.

Sumber juga memberitahu Bernama kes itu disiasat di bawah Akta SPRM 2009, namun enggan mengulas jika ada tangkapan lain berkenaan kes itu selepas ini. – Bernama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *