Isu program ustaz Ebit lew di Semporna ; Fakta Vs Auta

Pertama sekali penulis ucapankan ribuan terima kasih kepada ustaz Ebit telah memberi pertolongann kepada rakyat di Sabah terutamanya di Semporna. Jasa dan budi baik ustaz hanya tuhan yang mampu membalasnya dan doakan supaya ustaz sentiasa dilindungi.

Bila isu ustaz Ebit ini tular menjadi perhatian seluruh rakyat Malaysia banyak media menyebarkan perkara yang tidak benar dan mengelirukan rakyat yang boleh membawa kepada penilaian yang tidak benar.

  1. Betulkah pihak polis melarang ustaz Ebit untuk meneruskan program ?

Jawapanya

Pihak polis tidak pernah melarang ustaz Ebit untuk berprogram malahan mengalakkan NGO untuk membantu masyarakat lagi tetapi pihak polis mahu pihak ustaz dan mana – mana NGO untuk untuk merujuk dengan pihak berkuasa seperti polis dan Majlis Keselamatan Negara (MKN) terlebih dahulu atas faktor keselamatan(Polis tidak pernah halang Ebit Lew hentikan program di pulau sekitar Semporna | Suara Sabah Today). Di sini kita dapat lihat pihak NGO yang menyambut dan berkerjasama dengan ustaz Ebit mungkin tidak memaklumkan mengenai program yang dilakukan. Untuk pengetahuan semua pesisiran pantai dan pulau – pulau di Semporna menrupakan kawasan ESSZON yang berisiko untuk diserang lanun bila – bila masa. Mana – mana agensi atau jabatan yang menjalankan aktiviti biasanya akan maklumkan dengan pihak berkuasa dan pihak berkuasa akan menghantar pengiring yang terdiri daripada polis dan tentera. Tetapi jika tidak dimaklumkan pastinya boleh mengudang kepada risiko keselamatan yang kita tidak jangka.

2. Betulkah Ustaz Ebit Islamkan yang bukan islam atau yang tiada agama? & Tiadakah gerakan dakwah sebelum ini?

Maklumat yang penulis terima warga suku bajau laut yang berada di Pulau Tatagan sebenar sememangnya sudah pun islam mereka bukannya non muslim atau tiada agama ( Mohd Asri Khalid). Badan dakwah lain seperti Pertubuhan Ilmu Kebajikan Dakwah Malaysia (PIKDM) dan Ghulam Dakwah (GAD) telah kerap berkunjung ke situ untuk memberikan bantuan dan disamping menyampaikan dakwah kepada warga suku Bajau Laut di Pulau Tatagan.

Disini saya kutipkan sedikit penjelasan dari pihak GAD seperti berikut : Pihak (GAD) telah berdakwah di Tatagan sejak 2018 lagi. Antara aktiviti yang biasa kami laksanakan ketika di sana :
I – Pembahagian wang zakat
II – Beri makan makanan yang telah dimasak
III – Agihan pakaian
IV – Tazkirah ringkas dengan penterjemah daripada masyarakat tempatan
V – Menghantar guru yang telah dilantik untuk mengajar agama di sekitar Pulau Tatagan, Pulau Maiga dan Pulau Sibangkat.
(Guru kami tinggal di Pulau Maiga).

semasa pandemik Covid19 ini pun kami ada hantar beberapa kali bantuan ke sana. Bantuan barang keperluan makanan seperti beras, ubi kayu, minyak, gula dan lain-lain.

Sumber :

  • https://www.facebook.com/1732340337023348/posts/2782191308704907/?d=n

Saya sertakan beberapa video sebagai bukti bahawa badan dakwah Sabah Ghulam Dakwah (GAD) sangat aktif dalam memberikan bantuan kepada warga suku Bajau Laut Pulau Tatagan sejak dari tahun 2018 sehingga kini :

  • https://www.youtube.com/watch?v=CAYFZeq8IK8
  • https://youtu.be/15D0xe1yKEo

3) Betulkah pihak kerajaan negeri Sabah (GRS) menghalang ustaz Ebit?

Untuk maklumat semua tiada kenyataan dari ketua menteri, menteri – menteri kabinet Sabah dan ahli – ahli DUN GRS yang menghalang atau melarang program ustaz ebit setahu penulis. Lagi isu ini lebih kepada isu keselamatan yang melibatkan pihak polis dan MKN. Portal – portal politik harus bertanggungjawab dan tidak mainkan isu ini sebagai isu politik.

4) Betulkah Ustaz Ebit tidak dibenarkan bina sekolah?

Ustaz ebit tidak pernah memohon kebenaran atau memaklumkan kepada pejabat daerah Semporna. Menurut pengawai daerah Semporna , Suhaimi Ejip berkata, beliau memahami niat ikhlas Ebit Lew tetapi pihaknya tidak menerima kunjungan daripada pendakwah bebas itu sendiri dan hanya memaklumkan tujuannya untuk masuk ke pulau berkenaan selain mahu mendirikan struktur untuk pembinaan sekolah.

Pembinaan sekolah perlu mengikut protokol iaitu permohonan untuk mendirikan struktur melalui proses di bawah Ordinan Tanah Bab 68 (permohonan tanah) terlebih dahulu bagi tujuan pembinaan Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) di kawasan pulau. Ustaz Ebit perlu melalui Penolong Pemungut Hasil Tanah (PPHT), mereka juga perlu rujuk kepada Pejabat Daerah.

Kalau buat pondok sementara kita mungkin boleh benarkan atas dasar budi bicara namun jika mendirikan kelas KAFA ia bersifat kekal dan pulau itu ada pemilik atau pewarisnya. Pengawai daerah Semporna juga menasihatkan supaya pihak yang ingin melakukan perkara demikian tidak mengambil tindakan melulu dengan melengkapkan barang perkakasan pembinaan tanpa kebenaran tuan tanah terlebih dahulu.

Sekian

Sekadar pandangan

Zulkarnain


2 thoughts on “Isu program ustaz Ebit lew di Semporna ; Fakta Vs Auta

  • 04/02/2021 at 12:18 AM
    Permalink

    Terima kasih atas pnjelasan berkenaan ustaz Ebit lew, harap dapat kongsikan juga di laman sosial agar warga net dapat maklum dan komen. Saya juga berminat untuk komen berkenaan pihak yang sepatutnya mendirikan sekolah.

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *