Dulu Pekerja , Sekarang Usahawan Berjaya

TUARAN: Kisah Zaizamreezam Sikong anak Tuaran, Sabah yang berjaya mengubah nasib diri dan keluarga yang dahulunya susah menjadi senang patut dijadikan contoh.


Keputusan Zaizamrezam untuk berhenti kerja sebagai pekerja restoran untuk bekerja sendiri sudah merupakan tindakan yang tepat. Kerana kini beliau mampu untuk menjana pendapatan yang lumayan dan boleh memberi peluang peniagaan kepada anak-anak Sabah yang lain.


“Semasa perintah berkurung, saya memutuskan untuk berhenti kerja seharian di sebuah restoran untuk menumpukan sepenuhnya dalam membangunkan produk kosmetik dan makanan saya sendiri. Saya lebih suka bekerja sendiri supaya dapat menjana pendapatan dengan lebih cepat dan memang menjadi impian saya untuk menjadi bos sendiri,” kata Zairamreezam


Zaizamreezam yang berusia 38, dilahirkan di Kampung Bantayan Tamparuli, melancarkan produk jenamanya dengan menggunakan nama sendiri, Rozairee D Zamzam.


Zaizamreezam yang melancarkan pelbagai produk peniagaan. Antara produk peniagaan yang dihasilkan ialah produk kosmetik, makanan, dan kesihatan.
Jenama produk makanan dan minuman Tuminipoi Kitchen dan Keluaran hasil Hijauan Suang Pantai Enterprise. Jenama produk pakaian ialah RDZAM Designer Malaysia yang mengeluarkan produk jubah, tudung, & pelitup muka.


Walaupun seluruh dunia dilanda penularan Wabak Covid-19, Zaizamreezam yang mempunyai tekad yang tinggi berjaya menjual produk kosmetik dan makanan dengan jumlah yang tinggi sekaligus mampu menjadi pendapatan ribuan ringgit.


Keistimewaan produk kosmestik dan kesihatan yang dijenamakan Luth Cosmetics dihasilkan oleh beliau ialah menggunakan herba borneo.
Minyak urut lintah dan sabun untuk meningkatkan kesihatan lelaki merupakan produk popular kini, katanya.


“Sebotol minyak lintah 50ml dijual pada harga RM80 manakala 30ml pada harga RM50. Manakala untuk sabun pula harganya ialah RM35 sehelai.
“Saya juga pernah mengeluarkan produk pencuci aurat wanita iaitu Teruna Wash Meletop dan pelincir untuk hubungan intim suami isteri,” katanya.
Selepas menjadi usahawan yang berjaya beliau tetap mengikuti pelbagai program latihan tajaan kerajaan Sabah.


Beliau telah mendaftar untuk program refleksologi dan urutan badan yang dianjurkan oleh Jabatan Pembangunan Sumber Manusia.
“Saya mengikuti beberapa program latihan yang dikendalikan Jabatan Pertanian Sabah untuk mempelajari cara menanam tanaman kontan seperti cendawan tiram dan jagung manis, selain memproses ikan masin dan aiskrim,


Keadaan keluarga Zaizamreezam yang dibesarkan oleh ibu tunggal manjadi pemangkin kepada kejayaan beliau sekarang.
“Ibu saya merupakan ibu tunggal dengan pendapatan yang tidak seberapa, dia menjaga empat orang anak dan perjuangan meletakkan makanan menjadi inspirasi buat Zairamreezam yang merupakan anak bongsu bergelar usahawan sejak zaman persekolahan di SMK Tamparuli,


“Bagi menyokong persekolahan saya, saya pergi menjual sayur-sayuran di tapak bazar Ahad di Tamparuli. Wang yang saya simpan digunakan untuk membuka kedai runcit kecil di kampung,” katanya.


Selain daripada berniaga, Zaizamreezam juga menjadi pengacara majlis untuk majlis atau program yang diadakan.
“Hasil daripada transfomasi yang saya hadapi sekarang, saya ingin membantu lebih ramai anak Sabah lagi dengan membuka kilang besar yang boleh menwujudkan peluang pekerjaan dan kegiatan ekonomi untuk anak – anak Sabah,” jawapan beliau ketika ditanya tentang misi beliau di masa hadapan.


“Saya juga menpunyai cita-cita dimasa hadapan ingin membuka Global Biz Malaysia- Rozairee Academy Sabah.
“Azam saya menjadi usahawan menjadi terkenal seluruh Malaysia dan menjadi usahawan muda Lotud Borneo yang datang daripada daerah Tuaran, kata beliau lagi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *