Polis Marin gagalkan cubaan penyeludupan barang kawalan

SANDAKAN: Pasukan Polis Marin (PPM) Sandakan berjaya menahan sebuah bot yang disyaki membawa barang kawalan tanpa sebarang permit daripada pihak berkuasa di kawasan Laut Semawang lewat petang semalam.

Pegawai Pemerintah Pasukan Polis Marin Sandakan Sabah DSP Rusdin Bin Banin berkata pihaknya telah menahan bot tersebut dalam keadaan mencurigakan di perairan tersebut.

Pemeriksaan lanjut mendapati terdapat barang kawalan di ruangan kargo. Juragan dan anak bot berumur antara 21-27 warganegara asing tersebut mengaku secara lisan ingin menghantar barangan tersebut ke sebuah Pulau di Filipina.Kesemua barang rampasan dibawa ke Markas Operasi PPM Sandakan untuk tindakan lanjut. Nilai rampasan termasuk bot dan enjin dianggarkan berjumlah RM84,280.00.

Kes disiasat di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961. Pasukan Polis Marin menyarankan masyarakat terutama masyarakat maritim dan persisir pantai menyalurkan maklumat kepada Pasukan Polis Marin Wilayah 4 Sabah melalui aplikasi WhatsApp ke talian 0139391197 atau berhubung terus dengan mana-mana balai berdekatan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *