Ellron: Belia-belia Pagalungan mempunyai potensi terutama dalam bidang sukan

π‘ππππͺππ‘: Menteri Belia dan Sukan Sabah, YB Datuk Ellron Angin telah menyempurnakan Majlis Perasmian Penutupan Karnival Sukan Tertutup daerah Kecil Pagalungan bertempat di Balai Budaya, Pagalungan.
Karnival Sukan Tertutup anjuran Mahkamah Anak Negeri Daerah Kecil Pagalungan dengan kerjasama Kementerian Belia dan Sukan Sabah (KBSS) berjaya dianjurkan setelah hampir dua tahun tiada acara besar diadakan susulan pandemik Covid-19. Karnival Sukan itu telah bermula sejak 08 Jun 2022.
Antara sukan yang dipertandingkan ialah Sepak takraw, Bola Sepak, Lumba Bot, Tarik Tali dan Lumba Perahu. Sukan ini disertai para belia dari kampung-kampung di sekitar dalam kawasan Pagalungan.
Ellron dalam ucapannya berkata βkarnival sukan itu bertujuan mengeratkan silaturahim dalam kalangan warga Daerah Kecil Pagalungan memandangkan setelah dua tahun tidak bersua disebabkan oleh pandemik Covid-19.
Beliau yang juga ADUN Sook berkata karnival sukan itu juga bermatlamat mencungkil bakat-bakat muda dalam bidang sukan untuk diketengahkan.
βKita melihat belia-belia Pagalungan mempunyai potensi yang boleh diasah dan digilap terutama dalam bidang sukan, oleh itu menerusi karnival sukan inilah yang, kita dapat melihat mereka yang berpotensi untuk dilentur,β tambah Ellron.
Beliau berharap agar pengelolaan karnival sukan itu dapat diteruskan dan dianjurkan lagi pada tahun depan.
Selain itu, katanya mana-mana jenis sukan yang bersesuaian dengan keadaan geografi daerah Kecil Pagalungan juga boleh ditambah dalam karnival yang akan datang.
βDengan keadaan muka bumi yang mencabar serta ekstrim, diharapkan para ibu bapa tetap cekal dan bersabar dalam membesarkan anak-anak, buat perancangan terbaik untuk masa depan anak-anak terutama dalam bidang pendidikan,β gesa beliau.
Penutupan karnival itu turut diserikan lagi dengan persembahan artis tempatan antaranya Abby Angkaas, Rusdy Raphael (Juara Sugandoi Nabawan 2022), Afiezal Fahmi, Dorce Mimie Ladius dan penampilan khas MRK Pagalungan Liefhiro.
Turut hadir Tuan Putera Jali, Timbalan Setiausaha Tetap Bahagian Pengurusan Sukan serta Pemimpin Pembangunan Masyarakat Sook dan Nabawan.