Usaha Kerajaan Negeri segerakan bantuan beri komputer riba disambut baik

BEAUFORT : Inisiatif kerajaan negeri untuk menyegerakan mengagihkan komputer riba kepada pelajar tingkatan 5 dan 6 disambut baik oleh masyarakat. Kerajaan Negeri Sabah akan mengagihkan sebanyak 10,000 komputer riba menerusi Bantuan Ihsan Komputer (BAIK) kepada pelajar Tngkatan 5 dan 6, bermula 19 Julai hingga 18 Oktober. Bantuan yang diumumkan oleh Datuk Seri Haji Hajiji Haji Noor menjadikan Kerajaan Negeri Sabah merupakan satu-satu negeri yang melancarkan program bantuan seperti ini.

Puan Norizah Bte Ag Kati, 46, berpandangan usaha berkenaan sebagai berita yang melegakan bukan sahaja kepada pelajar tapi juga kepada ibubapa. Tambahan pula sejak pandemik COVID19 melanda negara dan negeri banyak ibu bapa daripada golongan B40 dan golongan miskin kehilangan pekerjaan dan perniagaan.

“Kebanyakan pelajar terutama tingkatan 5 dan 6 amat sukar bagi mendapatkan Komputer riba bagi kegunaan sesi P&P akibat kekangan kewangan. Dengan bantuan Komputer riba percuma daripada kerajaan negeri ini akan memudahkan mereka dalam pembelajaran dalam talian”

“Ia turut memberi kelegaan kepada para ibu bapa yang tidak berkemampuan lebih-lebih lagi dalam tempoh pandemik COVID-19 sekarang,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Katanya, para pelajar diluar bandar pasti gembira dengan berita ini khususnya di luar bandar.

“Saya amat memahami betapa sukarnya untuk mendapatkan seunit komputer riba untuk tujuan pembelajaran, dan yang paling penting golongan keluarga B40 dan golongan miskin tegar di Beufort amat bersyukur” katanya lagi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *