Empat pasukan bakal berentap dalam kejohanan empat penjuru bagi merebut Piala Sabah Maju Jaya (SMJ Cup)

KOTA KINABALU : Empat pasukan bakal berentap dalam kejohanan empat penjuru bagi merebut Piala Sabah Maju Jaya (SMJ Cup) 2022 yang akan bermula esok hingga 18 Februari ini.

Kejohanan itu akan disertai Sabah FC; Kedah Darul Aman (KDA) FC; Kelantan FC dan Sarawak United FC yang akan berlangsung di Stadium Likas.

Pengarah Teknikal Sabah FC, Scott Ollerenshaw berkata kejohanan itu juga merupakan satu langkah proaktif Sabah FC bagi menjimatkan kos untuk membuat perlawanan pra musim tanpa perlu ke luar negeri mahupun negara yang memerlukan kos tinggi.

Beliau berharap kejohanan itu mampu menjadi acara tahunan dengan menampilkan beberapa kelab-kelab hebat di negara ini.

โ€œSudah pasti kita mengharapkan kejohanan seperti ini akan dapat diteruskan pada masa hadapan sekaligus dapat meningkatkan industri sukan pelancongan di Sabah yang cukup terkenal dengan pelbagai destinasi menarik.

โ€œSelain itu juga kita mahu memberi peluang kepada peminat bola sepak di Sabah menyaksikan lebih dekat penampilan dan kemampuan para pemain Sabah FC dalam pra musim ini,โ€ katanya dalam sidang media disini semalam.

Hadir sama, Pegawai Perlesenan Kelab Sabah FC, Rydwan Soeharto.

Scott berkata Sabah FC pada musim ini turut dibarisi muka-muka baharu dan ternama yang bakal beraksi dalam Liga Malaysia bermula awal Mac depan.

Katanya, kejohanan ini juga dapat melihat keserasian pemain sekaligus memberi persediaan untuk menghadapi saingan Liga Malaysia.

Sementara itu, Pegawai Perlesenan Kelab Sabah FC, Rydwan Soeharto berkata bagi memastikan kejohanan SMJ Cup dapat dilaksanakan dengan jayanya, mereka akan sentiasa memberi kerjasama kepada pihak berkuasa demi keselamatan dan kesihatan awam khususnya membabitkan situasi terkini pandemik COVID-19 yang menunjukkan trend peningkatan di negeri ini.

Katanya ketika ini Sabah FC masih menunggu maklumat mahupun garis panduan yang akan dikuatkuasakan dan ditetapkan sepanjang kejohanan ini berlangsung daripada Majlis Keselamatan Negara (MKN).

โ€œKita sudah memohon dan meminta kebenaran daripada MKN Sabah dan mereka sudah meluluskan untuk kita menganjurkan pertandingan namun bersyarat.

โ€œKetika ini kita masih menunggu pemakluman berkenaan daripada pihak MKN dalam masa terdekat,โ€ katanya.

Katanya kapasiti maksimum kehadiran penonton ketika ini ditetapkan adalah seramai 5,500 orang.

Orang ramai juga boleh membeli tiket untuk ke perlawanan ini di laman sesawang www.tickethotline.com.my dan sebarang persoalan berkenaan pembelian tiket boleh diajukan kepada @ticket.hotline.

Setiap perlawanan akan bermula pada pukul 4.15 petang dan 9:00 malam. – Sabahfc.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *