Pembinaan Empangan Kaiduan bakal jejaskan alam sekitar

PENAMPANG: Pembinaan Empangan Kaiduan di Penampang akan menjejaskan kehidupan alam sekitar di kawasan itu.ย 

Ahli Dewan Negara merangkapย Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Penampang, Datukย Johnย Ambrose menyatakan pendapat itu setelah menjangkakan akan timbul banyak kesan negatif sekiranya projek itu dilaksanakan.ย 

“Kita seharusnya mengambil kira kehidupan masyarakat dan persekitaran di daerah ini yang berkemungkinan terjejas teruk dari pelbagai aspek.  

“Selain itu, kawasan tersebut boleh dijadikan sebagai pusat peranginan seterusnya memberikan peluang pekerjaan bagi membantu meningkatkan ekonomi penduduk. 

“Perkara ini telah dimaklumkan kepada Menteri Luar Bandar Malaysia, Datuk Abdulย Latiffย Ahmad yang turut menentang projek pembinaan empangan itu,”ย katanya dalam Majlis Penyerahan Bakul Makanan di Dewan Kampung Gawir Madsiang,ย hari ini.

Menurut John, pembahagian bakul makanan akan dijalankan selama lapan hari mensasarkanย seramai 7,905 orangย golongan B40,ย 7,837ย penduduk yang terjejas COVID19, manakala 974 orang yang berdaftar di bawah e-Kasihย telah menerima bantuan selain 945 penduduk lain menerima bantuan secara pandu lalu.

Turut hadir, Pegawai Daerah Penampang Henry Idol, Pembantu Pegawai Daerah Penampang Stanley Sikolis dan Noumiย J. Trend, Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) Moyog Joe Sulaiman, PPMย Kepayan Loh Yung Tung dan Pegawai Penerangan Penampang Mohd Ishak Ag. Besar. -SUMBER: JABATAN PENERANGAN SABAH

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *