Malaysia akan cecah kumulatif 2 juta kes Covid-19

KOTA KINABALU : Sabah mencatatkan kes sebanyak 1,649 kes harian Covid-19 menjadikan kumulatif kes Covid-19 di negeri ini mencecah 175,512 kes setakat 13 September 2021.

Malaysia pula secara keseluruhannya hari ini merekodkan penurunan kes kepada sebanyak 16,073 kes harian. Namun begitu, kumulatif kes Covid-19 setakat hari ini mencecah 1,995,771 kes menjadikan kes sudah menghampiri kumulatif 2 juta kes.

Walaubagaimanapun, peratus kumulatif pemberian dos vaksin di negara ini turut meningkat di mana 65.4 peratus populasi keseluruhan di negara ini telah menerima dos pertama dan 52.6 peratus telah mendapat suntikan lengkap vaksinasi Covid-19, setakat kelmarin.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *