Polis Tawau Tahan 3 Pengedar Dadah Wanita, Rampas 1.18KG Syabu

TAWAU: Tiga wanita disyaki pengedar dadah ditahan bersama dadah jenis syabu dianggarkan bernilai RM36,000 pada Isnin.

Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Peter Uk Umbuas berkata, tiga wanita berumur anara 28 hingga 44 tahun itu ditahan semasa Op Tapi di Bandar Sabindo kira-kira jam 12 tengah hari.

Turut dirampas 1.18 kilogram dadah jenis syabu yang dipercayai untuk dipasarkan di Tawau dan daerah sekitar. Bekalan dadah itu boleh menampung sehingga 5,000 orang.

Serbuan itu dilakukan oleh pasukan polis daripada Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tawau.

โ€œKetika serbuan dilakukan pihak polis menahan sebuah kenderaan yang dipandu dalam keadaan mencurigakan.

โ€œApabila diperiksa, terdapat bungkusan plastik tertera tulisan โ€˜Daguanyinโ€™ yang mengandungi ketulan disyaki syabu. Maka, kesemua wanita yang berada dalam kenderaan itu turut ditahan.

โ€œTahanan dan barang rampasan kemudian dibawa ke IPD Tawau dan ketiga-tiga suspek direman selama tujuh hari untuk membantu siasatan,โ€ katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Kes disiasat di bawah Seksyen 39(B) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *