Nasib golongan yang memerlukan akan dibela: Joachim
Oleh: Zacherlyn E
RANAU: Kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) sentiasa prihatin dan akan terus membela nasib golongan yang memerlukan pembelaan khasnya mereka yang miskin tegar dan balu.
Timbalan Ketua Menteri, Datuk Dr. Joachim Gunsalam berkata usaha Kerajaan Negeri untuk membantu golongan itu adalah usaha berterusan dan akan dilaksanakan dengan kerjasama Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK).
“JPKK perlu mengenalpasti masalah setiap penduduk di kawasan masing-masing supaya bantuan dan tindakan lanjut yang perlu dilakukan untuk mereka yang memerlukan dapat dilaksanakan dengan segera,” katanya ketika hadir dalam membina rumah secara bergotong-royong bersama penduduk kampung di Kampung Lembah Permai, Kundasang.
Inisiatif itu adalah usaha bagi membantu seorang balu berusia 62 tahun, Gorimeh Gumat yang mana kisah hidup beliau telah tular di media sosial apabila beliau hanya tinggal di sebuah ‘sulap’ yang dibina menggunakan daun keladi dan dahan kayu.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kundasang itu juga turut memberitahu bahawa pihaknya akan sentiasa mengambil tindakan susulan dengan segera bagi setiap permasalahan yang diterima dari rakyat.
Sementara itu, Ketua Pemuda Parti Bersatu Sabah (PBS) cawangan Kundasang, Azmi Arimin turut menyerahkan sumbangan berbentuk wang hasil kutipan ahli pemuda PBS yang diserahkan kepada Pengerusi JPKK Kampung Desa Aman, Jaifuddin Madani.
โKini ibu ini sudah memiliki rumah dan saya berterima kasih di atas kerjasama semua pihak, termasuk pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang turut serta menyumbang kepada balu ini dan sama-sama merealisasikan hasratnya untuk mendapat semua rumah untuk berlindung dari hujan dan panas,” katanya.