Kunjungan hormat

KOTA KINABALU: Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Hajiji Noor hari ini menerima kunjungan hormat daripada Menteri Alam Sekitar dan Air, Datuk Sri Tuan Ibrahim Tuan Man di pejabatnya di Pusat Pentadbiran Negeri Sabah (PPNS).

Kedua-dua pemimpin itu turut makan tengah hari bersama.

Terdahulu, Hajiji dan Tuan Ibrahim menunaikan solat Jumaat di Masjid Bandaraya.

Turut hadir ialah Menteri Tugas-Tugas Khas Datuk Mohd Arifin Mohd Arif, Setiausaha Kerajaan Negeri (SKN) Datuk Sr. Safar Untong dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dilantik Dr Aliakbar Gulasan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *