LHDN sedia kotak serahan pemohon rayuan BPR di Sabah, Sarawak

SHAH ALAM: Pemohon rayuan Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) di Sabah dan Sarawak boleh mengemukakan borang dan semua dokumen sokongan berkaitan permohonan rayuan mereka melalui kemudahan kotak serahan yang disediakan di pejabat cawangan Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN).

LHDN dalam satu kenyataannya berkata, pemohon juga boleh mengemukakan borang dan dokumen di Pejabat Satelit dan Pusat Khidmat Hasil (PKH) LHDN serta di pejabat daerah yang berhampiran.

Menurut kenyataan itu, kemudahan kotak serahan itu akan disediakan sehingga tarikh akhir permohonan rayuan BPR pada 30 Jun.

โ€œInisiatif ini diambil bagi memudahkan pemohon rayuan BPR di Sabah dan Sarawak yang mempunyai kesukaran untuk membuat permohonan rayuan secara dalam talian.

โ€œMelalui kaedah ini pemohon hanya perlu meletakkan borang rayuan BPR yang lengkap berserta semua dokumen sokongan berkaitan ke dalam kotak serahan yang disediakan mengikut waktu operasi pejabat yang dinyatakan,โ€ kata agensi itu dalam satu kenyataan pada Khamis.

Menurut kenyataan itu, kaedah ini juga bagi memastikan borang dan dokumen yang diserahkan adalah teratur dan tidak bercampur dengan borang rayuan pemohon lain.

โ€œPemohon diingatkan agar memasukkan borang dan dokumen sokongan rayuan BPR di dalam sampul atau mencantumkannya (stapler) dengan kemas terlebih dahulu sebelum meletakkannya ke dalam kotak serahan tersebut,โ€ kata kenyataan itu.

Orang ramai boleh melayari portal BPR di https://bpr.hasil.gov.my untuk mendapatkan maklumat lanjut berkaitan permohonan rayuan ini.

Waktu operasi kaunter permohonan rayuan BPR di cawangan, Pejabat Satelit dan Pusat Khidmat Hasil LHDN dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 adalah jam 8 pagi hingga 12 tengah hari pada hari bekerja (melalui janji temu sahaja di portal rasmi BPR).

Pertanyaan dan maklum balas boleh diajukan kepada LHDN melalui talian 1800-88-2747 dibuka dari jam 9 pagi hingga 4 petang (Isnin hingga Jumaat), HASiL Live Chat; dan borang maklum balas di portal rasmi LHDN di pautan https://maklumbalaspelanggan.hasil.gov.my/MaklumBalas/ms-MY/.

Sumber Berita: Sinar Harian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *