MUTIARA GRS bungkus kuih muih untuk pasukan keselamatan dan petugas kesihatan

KOTA KINABALU: Isteri Ketua Menteri yang juga Yang Dipertua Pertubuhan Muafakat Titipan Amal Isteri Wakil Rakyat, Gabungan Rakyat Sabah (MUTIARA GRS) Datin Juliah Salag, hari ini bersama ahlinya membungkus kuih muih Aidilfitri untuk diagihkan kepada pasukan keselamatan dan petugas kesihatan di negeri ini.

Sebanyak 288 bungkusan kuih muih itu, adalah sumbangan daripada MUTIARA GRS.

Sementara itu, Naib Yang Dipertua III MUTIARA GRS yang juga Pengerusi Biro Kebajikan, Datin Linda Ewit, berkata kuih muih itu akan diagihkan kepada pasukan keselamatan dan petugas kesihatan terutama mereka yang akan bertugas pada 1 Syawal ini.

โ€œSumbangan ini sebagai tanda ingatan tulus ikhlas serta ucapan terima kasih kepada pasukan keselamatan serta petugas kesihatan.

โ€œKami berharap sumbangan ini akan dapat mengembirakan semua anggota pasukan keselamatan dan barisan hadapan sekali gus dapat merasai suasana raya walaupun bertugas pada musim perayaan,โ€ katanya.

Beliau berkata demikian pada sesi Pembungkusan Sumbangan Kuih Muih Hari Raya Aidilfitri kepada Anggota Pasukan Keselamatan dan Petugas Kesihatan di Rumah MUTIARA GRS di sini hari ini.

Ketua Menteri, Datuk Hajiji Noor dijadualkan akan menyerahkan sumbangan kuih muih Aidilfitri daripada pelbagai pihak antaranya kepada pasukan keselamatan dan petugas kesihatan pada 13 April ini. -SNT

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *