Ahli Parlimen Beaufort menyantuni petugas di PPV Dewan Pak Musa

BEAUFORT: Datuk Hjh Azizah Datuk Seri Panglima Hj Mohd Dun, Ahli Parlimen Beaufort menyantuni dan meluangkan masa bersama petugas Fronliners di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di Dewan Pak Musa, Beaufort.

“Alhamdulillah, proses pemberian vaksin di sini berjalan lancar dengan kerjasama yang erat antara petugas Frontliners termasuk para jururawat bersama pegawai pelbagai agensi seperti RELA, Angkatan Pertahanan Awam, PDRM,UPPM serta sukarelawan MyVac yang bertungkus lumus memastikan perjalanan vaksinasi di daerah Beaufort ini berjalan dengan lancar dalam memastikan Program Imuniti Kelompok dapat direalisasikan.” Katanya

Turut mengiringi lawatan ini ialah YDH Ketua Polis Daerah Beaufort, DSP Yusoff Zaki Bin Mat Yaacob,Pengarah Kesihatan Daerah Beaufort YBhg Cik Natazcza Abd Rahim, Pegawai Pembangunan Masyarakat Dun Klias, YBhg Tuan Yunus Matjun Hj Mathon.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *