Ketua Menteri Sabah terima kunjungan hormat Pejabat Consular Jepun

KOTA KINABALU: Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor telah menerima kunjungan hormat wakil Pejabat Consular Jepun Sabah, hari ini.

Kunjungan hormat yang dilakukan Ketua Pejabat Consular Jepun di Sabah, Kako Shiho itu telah berlangsung di pejabat Hajiji bertempat di Pusat Pentadbiran Negeri Sabah (PPNS).

Dalam kunjungan hormat terbabit, Kako telah memberikan taklimat mengenai kegiatan ekonomi, pelaburan, pelancongan dan lain-lain yang melibatkan warga dan kerajaan Jepun di Sabah.

Ini termasuk bantuan ehsan yang telah diberikan dalam membantu komuniti setempat.

Tamat

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *