Yahya dilantik YDP MUIS

KOTA KINABALU: Mantan Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Yahya Hussin dilantik sebagai Yang Di-Pertua (YDP) Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS) yang baharu.

Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor menyerahkan watikah pelantikan kepada Yahya di pejabatnya di Pusat Pentadbiran Negeri Sabah (PPNS), hari ini.

Yahya, 71, merupakan mantan Menteri Pertanian dan Industri Makanan Sabah dan mantan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Petagas.

Beliau menggantikan Datuk Seri Dr. Hasbullah Haji Mohd.Taha. Sementara pendakwah bebas dan mantan pegawai Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS), Malai Ali Malai Ahmad, 57 dilantik sebagai Timbalan YDP MUIS, bagi menggantikan Datuk Matussin Awang Damit.

Hajiji turut menyerahkan watikah pelantikan Timbalan Pengerusi Perbadanan Baitulmal Negeri Sabah yang baharu kepada Ag Lahab @ Ag Syairin Ag Bakar, 60.

Ag Syairin merupakan mantan pegawai kanan MUIS dan JHEAINS, menggantikan Abdul Rahman Md. Yacob.

Turut hadir ialah Menteri Tugas-Tugas Khas Datuk Mohd. Arifin Mohd.Arif, Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Seri Sr Safar Untong dan Setiausaha Tugas-Tugas Khas Sapdin Ibrahim.

Leave a Reply

Your email address will not be published.