Sabah perlukan capaian internet yang stabil – Ruddy

KOTA KINABALU: Rakyat Sabah perlu menunggu 20 tahun lagi untuk menikmati capaian internet yang lebih baik berbanding sekarang.

Pembantu Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Seri Ruddy Awah berkata berdasarkan pemerhatian dan pelbagai aduan yang diterima berkaitan capaian internet, ia menjadi satu penderitaan berpanjangan yang tidak mempunyai titik penyelesaian.

“Tidak kira daripada aspek perkhidmatan yang lemah, kelajuan internet yang perlahan dan titik buta susulan kedudukan geografi Sabah mahupun perkhidmatan sifar yang diberikan oleh penyedia perkhidmatan Internet (ISP).

“Isu capaian internet yang lemah di Sabah hanya berupaya memperoleh kelajuan 5Mbps dan ia hanya cukup untuk melayari YouTube dengan video berkualiti rendah.

Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan media dikeluarkan di Kota Kinabalu.

Ruddy yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pitas berkata, berkqta tiada guna mendapatkan kelajuan yang lebih tinggi sehingga menggunakan teknologi 5G jika banyak kawasan yang capaian internetnya lemah.

“Ini penderitaan yang dilalui kerana pembangunan teknologi 2G hingga 4G terdahulu berorientasikan keuntungan.

“Kini, rakyat Sabah terpaksa membayar kos yang sama dengan mereka yang tinggal di bandar bagi mendapatkan perkhidmatan internet namun, capaiannya hanya cukup-cukup makan,” katanya.

Berdasarkan laporan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa, sebanyak 51 daripada 538 tapak menara baharu yang dirancang telah siap dibina manakala, bagi menaik taraf stesen pemancar 2,041 daripada 3,500 yang disasarkan juga telah siap. – SNT

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *