Khairul Fahmi bersemangat untuk menjulang kejayaan bersama pasukan Sabah

KOTA KINABALU : Khairul Fahmi Che Mat atau lebih dikenali sebagai Apek, penjaga gol baharu negeri Sabah meletakkan sasaran untuk bersama – sama pasukan negeri Sabah untuk meraih kemenangan di Liga Super dan Piala Malaysia.

Namun, kehadiran bekas penjaga gol Negeri Sembilan FC iaitu Damien Lim ke dalam pasukan itu, telah mewujudkan satu persaingan sengit yang sihat antara mereka bagi mendapatkan posisi penjaga gol bagi negeri Sabah.

Apek menganggap Damien juga pemain berkualiti yang berjaya mencuri perhatian pengendali, Datuk Ong Kim Swee untuk memperkuatkan gawang pasukan itu.

“Apabila kita berada dalam satu pasukan yang sama, semua pemain akan bersaing bersungguh-sungguh dan ini sebenarnya akan menjadi motivasi kepada saya juga,” jelas Apek dalam satu keyataan media.

Mendidik diri untuk terus komited dalam mencapai kemenangan bersama – sama pasukan negeri Sabah, Apek berjanji untuk bekerja lebih keras bagi memastikan posisinya dalam kesebelasan utama dan menjulang kegemilangan bersama pasukan itu.

“Semestinya saya ingin mencapai sesuatu dengan Sabah yang mana belum pernah lagi mereka capai, dan saya ingin menjadi sebahagian sejarah baharu dengan Sabah,” tambahnya.

Apek sangat bersemangat untuk tampil bersama pasukan negeri itu dan yakin bahawa mereka akan membawa nama pasukan itu ke peringkat yang lebih baik.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *