Kerajaan terus perkasa PKS di Sabah

KOTA KINABALU: Kerajaan akan terus memperkasakan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) bumiputera di Sabah melalui pelbagai program.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Dr. Joachim Gunsalam berkata, ini termasuk bantuan yang disalurkan melalui Geran Sepadan (Matching Grant) kepada beberapa syarikat bumiputera di negeri ini bagi membantu mereka kekal berdaya saing dalam industri.

Katanya, Program Pengukuhan Enterprise Bumiputera (BEEP) adalah antara usaha untuk memastikan PKS di Sabah terus berjaya.

Menurutnya, Geran Sepadan itu disalurkan oleh Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi melalui Small Medium Enterprise Corporation Malaysia (SME Corp).

“Saya amat berterima kasih kepada pihak kementerian melalui ย SME Corp ย kerana meluluskan Geran Sepadan kepada beberapa syarikat bumiputera di Sabah. Ini adalah satu berita baik kepada rakyat Sabah,” katanya.

Terdahulu beliau mempengerusikan mesyuarat bersama Jawatankuasa Kelulusan Sabah (JKS), BEEP  bersama dengan Timbalan Ketua Executive SME Corp Dr. Mohd Rithaudden Makip di sini hari ini.

Joachim berkata, apa yang disalurkan itu membuktikan kerajaan prihatin dan mahukan majikan dalam kalangan pengusaha PKS di Sabah lebih berjaya. 

Setakat ini katanya, SME Corp meluluskan lima geran untuk Sabah yang berjumlah RM864,000.

“Tahniah dan syabas saya ucapkan kepada lima syarikat bumiputera yang menerima geran iaitu AQ Printing, Aleeya Enterprise, Syarikat Pembenaan Aminah, SM Auto Gear, dan Services dan Sayria Jaya 2.

“Pihak Kementerian Pembangunan Perindustrian melalui Jabatan Pembangunan Perindustrian dan Penyelidikan akan bekerjasama erat dengan pihak SME Corp untuk mengenal pasti usahawan-usahawan yang perlu dibantu untuk meningkatkan produktiviti mereka. 

“Harapan saya, lebih ramai lagi usahawan bumiputera akan mengambil peluang yang disediakan oleh kerajaan,” katanya.ย – Utusan Borneo Online

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *