Ilmu pengetahuan dan pengalaman bantu laksana tanggungjawab: Ellron

Oleh: Zacherlyn E

KOTA KINABALU: Menteri Belia dan Sukan Datuk Ellron Angin berkata pengalaman dan ilmu pengetahuan sedia ada mampu membantu seseorang pegawain untuk memikul tanggungawab dengan penuh integriti dan cemerlang.

“Pastinya di saat kita mendepani wabak COVID19, pengurusan semua organisasi termasuk Lembaga Sukan Sabah (LSS) perlu terus melaksanakan langkah pencegahan dan mematuhi semua SOP yang ditetapkan kerana kita tidak mahu kakitangan kita terdedah dengan risiko untuk dijangkiti COVID19,” katanya semasa berucap dalam Majlis Penyerahan Watikah Pelantikan dan Angkat Sumpah Ahli-Ahli LSS bagi tahun 2020-2023 di Bilik Mesyuarat Utama, Ibu Pejabat Lembagai Sukan Sabah hari ini.

Hadir sama dalam majlis itu ialah Setiausaha Tetap Kementerian Belia dan Sukan Sr Yusrie Abdullah, Pengerusi Lembaga Sukan Sabah Osman Aganduk, Timbalan Pengerusi Lembaga Sukan Sabah Janih Bangud dan Pengurus Besar Lembaga Sukan Sabah Terrance Edward Pudin.

Dalam majlis itu, seramai lapan orang muka baru telah dilantik dalam LSS, antaranya ialah Osman Aganduk, Janih Bangud, Ramjit Nairulai, Fred Vincent Marukau, Thong Yong Hung, Wily Frous Darinsok, Razali Mohd Ali dan Aslan Fadli Samsul Alang.

“Saya amat berharap, semua yang dilantik hari ini mampu memberikan sumbangan khidmat bakti bagi memperkasakan lagi LSS dan saya amat yakin dengan pengalaman anda semua, pastinya mampu membawa LSS mencapai reputasi positif pada masa akan datang,” ujar beliau lagi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *