Kes mati mengejut di daerah Penampang

KOTA KINABALU: Pihak Polis Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Penampang mengesahkan telah menerima satu laporan melibatkan seorang seorang lelaki berbangsa Cina, berumur 61 tahun yang didapati rebah dan tidak sedarkan diri di sebuah kedai makan, di Pekan Donggongon pada jam 1.30 petang tadi.

Pengadu (saksi kejadian) telah bertindak menghubungi talian MERS 999 dan Pegawai Perubatan yang bertugas mengesahkan mangsa telah meninggal dunia di tempat kejadian.

Hasil siasatan awal pihak polis di tempat kejadian mendapati mangsa merupakan seorang gelandangan dan alamat yang tertera di kad pengenalan adalah Kampung Lubang Batu Mandahan, Papar.

Punca kematian masih belum diketahui dan mangsa telah dihantar ke Jabatan Forensik, Hospital Queen Elizabeth, Kota Kinabalu untuk tujuan bedah siasat. Kes disiasat dan diklasifiksikan sebagai mati mengejut.

Oleh yang demikian polis memohon mana-mana pihak yang kehilangan ahli keluarga untuk tampil membantu pengesanan waris atau orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan dengan mangsa boleh berhubung dengan Pengawai Penyiasat, SM Patrick Duffy Francis Dicka di talian : 013-8385335.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *