Hajiji terima kunjungan hormat Duta Besar Thailand & Pengurusan SK Nexilis Korea Selatan

KOTA KINABALU: Ketua Menteri, Datuk Hajiji Noor menerima kunjungan hormat daripada Duta Besar Thailand ke Malaysia, TYT Chainarong Keratiyutwong di pejabatnya di Menara Kinabalu, hari ini.

Ini merupakan kunjungan pertama Chainarong ke Sabah.

Turut hadir ialah Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Safar Untong.

Sementara itu, Hajiji turut menerima kunjungan pengurusan atasan syarikat SK Nexilis dari Korea Selatan bersama Timbalan Ketua Menteri/Menteri Pembangunan Perindustrian, Datuk Dr.Joachim Gunsalam.

Rombongan Nexilis terdiri daripada Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) SKC Co.Ltd, Encik Park Woncheol, CEO SK Nexilis Co.Ltd, Encik Yi Jaehong dan CEO SK Nexilis (Malaysia) Sdn.Bhd, Encik Shin Dong Hwan.

SK Nexilis merupakan syarikat pengeluar kerajang tembaga untuk bateri kenderaan eletrik (EV), melabur sebanyak RM4.2 bilion untuk membina kilang pengeluaran pertama luar negaranya di Taman Perindustrian Kota Kinabalu (KKIP).

Kilang kerajang tembaga itu kini sedang dalam pembinaan di kawasan seluas 100 ekar di KKIP, dan dijangka siap akhir tahun depan.

Kilang itu akan memberi peluang pekerjaan kepada anak tempatan Sabah. Daripada 400 peluang pekerjaan yang akan diwujudkan, 80 peratus pekerjanya akan diisi oleh anak-anak tempatan, termasuk golongan profesional.

Hajiji semasa melawat dan meninjau tapak pembinaan kilang itu di KKIP pada 17 Mac lalu berkata, SK Nexilis merupakan antara projek inisiatif pelaburan Sabah Maju Jaya (SMJ) yang mula menampakkan hasil di bawah Kementerian Pembangunan Perindustrian.

โ€œPelaburan SK Nexilis akan memberi impak yang positif kepada sosio ekonomi Sabah khususnya dalam menyediakan peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan, logistik dan rantaian yang berkaitanโ€, katanya. -SNT

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *