Dermasiswa MUIS lebih RM 1.4 juta untuk 199 pelajar

KOTA KINABALU: Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS) menyampaikan sumbangan zakat berjumlah lebih RM1.4 juta dermasiswa bagi tahun ini untuk penuntut Sabah yang sedang belajar di beberapa buah universiti di Selangor.

Menteri Tugas-Tugas Khas Sabah, Datuk Mohd Arifin Mohd Arif telah menyampaikan bantuan yang bakal dinikmati oleh 199 orang pelajar Sabah di negeri terbabit.

Mohd Arifin berkata dermasiswa ini sekurang-kurangan akan dapat mengurangkan sedikit beban ibu bapa dalam membiayai perbelanjaan anak2 mereka.

“Ia juga sebagai sebahagian tanggungjawab sosial Pusat Zakat dalam bidang pendidikan kepada para pelajar dari negeri ini, “ katanya.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Membakut itu berkata dari 199 pelajar yang akan menerima dermasiswa itu ialah 106 menuntut di Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS), 22 Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM),13 menuntut di Universiti Selangor (UNISEL), Universiti Tenaga Nasional (UNITEN) seramai 12 pelajar, Kolej Islam Antarabangsa 10 pelajar dan lima orang sedang belajar di Universiti Malaya (UM).

Dalam majlis itu, siswazah UNITEN, Noraishah Shafiqah Yakob menerima secara simbolik penyerahan dermasiswa itu, semalam.

Tamat

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *