Belum ada tangkapan individu ponteng puasa direkodkan

KOTA KINABALU: Belum ada sebarang tangkapan membabitkan individu tidak berpuasa direkodkan di Sabah sepanjang tempoh 10 hari pertama Ramadan lalu.

Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (Jheains) Datuk Saifulzaman Sangul berkata, sepanjang 10 hari pertama Ramadan ini tiada sebarang tangkapan atau tahanan dilakukan terhadap individu muslim yang tidak berpuasa.

Beliau berkata, pendekatan Jheains sekarang lebih kepada memberi kesedaran kepada masyarakat agar menghormati bulan Ramadan.

โ€œMalah, jika dilihat dua bulan sebelum Ramadan iaitu sejak bulan Rejab lagi, Jheains mula mengadakan kempen menghormati bulan Ramadan kerjasama bersama Jabatan Penyiaran Malaysia (RTM).

โ€œDi samping itu, kami turut melancarkan program Anjung Fikrah bagi memberi kesedaran kepada umat Islam supaya menghormati bulan Ramadan. 

โ€œSekiranya tidak boleh berpuasa atas alasan yang dibolehkan, mereka tidak boleh makan dan minuman di khalayak ramai demi menghormati bulan Ramadan,โ€ katanya kepada Utusan Malaysia.

Saifulzaman berkata, berdasarkan pemantauan yang dilakukan di seluruh Sabah, setakat ini pematuhan umat Islam di negeri ini amat baik dan mereka sangat memberi kerjasama dan menghormati bulan Ramadan.

Jelas beliau, tiada sebarang kes individu makan dikhalayak ramai yang dikesan.

Tambahnya, diharap keadaan sebegini berterusan sehingga akhir bulan Ramadan kerana beliau percaya umat Islam di Sabah akan menghormati bulan Ramadan.

Pada masa ini, pendekatan Jheains bukan lagi mengenakan hukuman terhadap individu tidak berpuasa sebaliknya, lebih kepada memberi nasihat menerusi kempen-kempen kesedaran yang diadakan sebelum bulan Ramadan.- UTUSAN

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *