Gangguan bekalan air babitkan 63 kampung di Matunggong bakal selesai

KUDAT: Kerja-kerja membaiki paip pecah oleh Jabatan Air Kudat di dua mukim dalam daerah Kecil Matunggong kini dalam proses pembaikan.

Ahli Dewan Undangan Negeri ( ADUN) Matunggong, Datuk Julita Majungki telah meninjau ke lokasi batang paip yang pecah di mukim Tambuluran dan mukim Nangka Pinawantai, semalam

Julita berkata penduduk kampung mengadu sudah mengalami masalah bekalan air sejak dua minggu lalu.

“Berikutan itu, saya “telah mengarahkan Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) untuk menghubungi Jurutera Jabatan Air agar dapat bertindak dengan kadar yang segera.

Walau bagaimanapun, kakitangan Jabatan Air Kudat mengalami sedikit kesulitan untuk memasuki kawasan kampung kerana keadaan hujan lebat yang turut mengakibatkan jalan sukar dilalui dan sebahagiannya runtuh.

“Selain itu, Jabatan Air juga sukar untuk menentukan lokasi kebocoran atau kerosakan paip kerana air yang berlebihan di permukaan tanah di seluruh kawasan semasa hujan lebat tersebut,” katanya dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan.

Menurutnya, masalah bekalan air yang melibatkan 63 kampung dalam dua mukim ini akan dapat diselesaikan sepenuhnya sedikit masa lagi.

Tambahan lagi, kawasan yang mengalami paip pecah agak luas dan pihak Jabatan Air Kudat sedang berusaha membaikinyaโ€, katanya.

โ€œKerja-kerja pembaikan sedang berjalan dengan baik. Setakat ini sudah 70 peratus siap dan bekalan air sudah dapat dibekalkan ke semua kampung yang terjejas,” katanya.

Julita yang juga Pembantu Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat juga menyatakan bahawa, masalah paip pecah adalah berpunca daripada hujan lebat yang berlarutan menyebabkan pergerakan tanah berlaku.

Dalam tinjauan ke lokasi paip pecah, Julita diiringi oleh Jurutera Jabatan Air Kudat, Khairul Faizi, Penolong Pegawai Daerah Francis Chong, PPM Matunggong, Marius Masain, kakitangan Pejabat ADUN dan UPPM Matunggong.

Julita turut menzahirkan penghargaan di atas kerjasama yang diberikan oleh Jabatan Air Kudat bagi memastikan masalah air rakyat di kawasan Matunggong dapat diatasi.

Beliau berharap agar penduduk dapat bersabar sementara menunggu masalah bekalan air diselesaikan sepenuhnya.

Tamat

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *