Srikandi BERSATU Sepanggar menyantuni petugas barisan hadapan

KOTA KINABALU: Ketua Srikandi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) bahagian Sepanggar, Aziah Atoh semalam menyantuni petugas barisan hadapan di pusat penyelarasan kenderaan Pusat Kuarantin COVID-19 yang bertempat di Dewan Serbaguna Kompleks Sukan Likas, semalam.

Dalam pada itu, Aziah turut menghulurkan sumbanga bantuan keperluan makanan.

Turut hadir bersama, Setiausaha Srikandi Bahagian, Azizah Atoh dan Bendahari Srikandi bahagian, Hasni Opong.

Menurutnya, pihaknya berharap agar sumbangan dihulurkan sedikit sebanyak dapat membantu petugas barisan hadapan .

“Sama-sama kita doakan agar barisan hadapan terus kuat dan teguh dalam usaha memerangi pandemik COVID-19” katanya.

Tamat

Leave a Reply

Your email address will not be published.