Kerajaan negeri Sabah cadang setiap daerah ada kolam takungan air

PITAS: Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin mencadangkan agar setaip daerah di negeri ini mempunyai kolam takungan airnya sendiri sebagai alternatif tempat menyimpan air untuk digunakan apabila berlaku gangguan bekalan apabila berlakunya banjir atau musim kemarau.

Pihaknya meminta semua pegawai daerah menubuhkan satu jawatankuasa khas yang dianggotai jabatan atau agensi berkaitan bagi membincangkan pelan cadangan dan tindakan disamping mencari tapak yang sesuai.

“Apabila ada cadangan dan laporan terperinci yang disyorkan oleh jawatankuasa berkenaan bakal memudahkan pihak kerajaan mengambil tindakan susulan dan menyediakan peruntukan untuk melaksanakan projek ini” katanya.

Beliau berkata demikian selepas sesi taklimat dari mengenai keroskan kerosakan jalan jabatan dan paip air akibat banjir baru-baru ini.

Taklimat terbabit disampaikan oleh jurutera daerah JKR Pitas, Lim Dixon Amando dan dihadiri oleh Pembantu Menteri JKR, Datuk Limus Jury, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bengkoka, Harun Durabi dan Pegawai Daerah Pitas, Bakri Nanun.

Dalam pada itu, Bung turut berkata terdapat masalah bekalan air bersih di beberapa daerah di Sabah apabila berlakunya banjir.

“Ini berikutan air dari sungai tidak dapat disedut disebabkan air keruh, dengan kadar keruhan ( NUT) yang tinggi menyebabkan ianya tidak boleh diproses atau disebabkan muka sauk dipenuhi sampah dan lumpur.

“Selama ini kita sedut air dari sungai terus ke rumah pam untuk diperoses dan apabila masalah di atas timbul dengan stok bekalan air di loji terhad menyebabkan kita memangambil masa berminggu malah berbulan baru dapat membekalkan air bersih kepada pengguna” katanya.

Menurutnya, sekiranya ada kolam menyimpan air, ia boleh digunakan untuk membekalkan bekalan air bersih kepada pengguna sebagai alternatif bagi mengatasi terputus bekalan air semasa berlakunya musim banjir dan kemarau.

“Setakat ini hanya tiga daerah sahaja di negeri ini mempunyai kolam takungan iaitu di Telibong Tamparuli, Milau Kudat dan di Sagaliud Kudat sementara daerah-daerah hanya bergantung dari bekalan dari rumah pum yang disedut terus dari sungai,” jelasnya.

Dalam perkembangan lain, Bung turut meneliti setiap laporan kerosakan jalan, jambatan dan paip air yang terjejas di daerah Pitas ekoran masalah banjir yang berlaku baru baru ini.

Beliau meminta jurutera daerah mengambil tindakan segera dengan mengutamakan masalah yang terlalu kritikal sehingga menjejaskan sistem perhubungan masyarakat di kawasan terbabit.

Tamat

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *