Agensi agama kerajaan negeri dan persekutuan terus membantu golongan yang ditimpa musibbah

KOTA KINABALU: Agensi-Agensi agama kerajaan negeri dan persekutuan terus bekerjasama dalam membantu golongan yang ditimpa musibbah termasuk penduduk terjejas banjir dan kebakaran baru-baru ini.

Selaras dengan saranan Ketua Menteri mahu kerjasama padu agensi-agensi agama terlibat membela nasib rakyat yang memerlukan.

Menteri Tugas-Tugas Khas Datuk Hj Mohd. Arifin Mohd. Arif berkata usahasama kerja berpasukan antara badan-badan agama negeri dan persekutuan memperlihatkan kekukuhan kerjasama ke arah memperkasa aktiviti kemasyarakatan seterusnya berkaitan hal ehwal agama Islam di negeri ini.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyaksikan penyampaian sumbangan daripada agensi-agensi agama terlibat di Masjid Al-Kauthar Tanjung Aru.

Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS) melalui Pusat Zakat Sabah menyumbang RM40,000, Perbandanan Baitumal (RM5000), Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (RM25,500), Jabatan Kemajuan Islam Malaysia menyumbang barangan makanan dan minuman serta Pertubuhan Kebajikan Islam Sabah (PERKIS) kepada penduduk terjejas kebakaran di Kg.Tanjung Aru Lama Kota Kinabalu semalam.

Sementara itu pemimpin akar umbi dan penduduk terjejas menyambut baik usaha murni para penyumbanh.

Secara keseluruhan serama 51 keluarga penduduk terjejas kebakaran didaftarkan Jabatan Kebajikan Masyarakat dan daripada jumlah 9 keluarga dengan 38 penduduk di tempatkan di Dewan Muhibbah Sembulan sementara selebihnya menumpang di rumah keluarga.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *