10,000 roti untuk 100 kampung, 26 sekolah diedarkan di Kundasang

RANAU: Sebanyak 10,000 buku roti telah diagihkan kepada lebih 100 buah kampung dan 26 buah sekolah di Kundasang bermula semalam.

Roti terbabit merupakansumbangan syarikat Pengeluaran makanan, Kim Teck Cheong yang bertujuan membantu rakyat terutama yang tinggal di luar bandar terutamanya ketika pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini.

Timbalan Ketua Menteri yang juga merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kundasang, Datuk Dr. Joachim Gunsalam berkata, pihaknya mengalu-alukan apa juga juga bentuk sumbangan yang boleh disalurkan demi menjaga kebajikan dan keperluan rakyat di negeri ini.

Katanya, sumbangan dan bantuan itu walau dalam bentuk apa sekali pun tetap dapat membantu rakyat.

Roti itu telah diedarkan kepada murid sekolah, penduduk kampung yang dilaksanakan oleh Pegawai Pemimpin Masyarakat (UPPM) kawasan Kundasang.

โ€œPihak UPPM telah membuat edaran roti bermula semalam,โ€ katanya dalam satu kenyataan media selepas membuat tinjauan tanah runtuh di tempat letak kereta Taman Negara Gunung Kinabalu di jalan Tamparuli-Ranau.

Joachim yang juga Menteri Pembangunan Perindustrian Sabah berharap sumbangan seumpama ini akan memberikan manfaat kepada golongan yang memerlukan.

Sementara itu, Pengarah Eksekutif Kim Teck Cheong Consolidated Berhad, Dexter Lau, berkata, sumbangan terbabit telah pun dilaksanakan di 14 daerah di negeri ini.
Setakat ini katanya, pihak mereka sudah mengedarkan sebanyak 350,000 buku roti.

โ€œProgram seumpama ini merupakan sebahagian dari usaha tanggungjawab sosial korporat (CSR) syarikat dan kami juga ingin memperkenalkan produk makanan Creamos Bun,โ€ katanya.

Pada majlis simbolik penyerahan sumbangan itu, sebanyak 38 beg plastik berisi roti diserahkan kepada Joachim di Pejabat ADUN Kundasang, Ranau.

Tamat

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *